Tak perlu stres tengok rumput yang dah mula meninggi. Rumput Rapi Expert sedia menawarkan servis potong rumput yang pantas, bersih, dan mesra poket untuk tuan/puan.
Jaminan Sekata
Siap Sapu & Kumpul
Harga Terus Jujur
Kualiti Individu
Tiada borang panjang perlu diisi! Hanya klik butang di bawah, dan hantarkan lokasi serta gambar laman rumah anda untuk harga segera.
Bagi memastikan servis yang pantas dan berkualiti, saya fokus sepenuhnya kepada kawasan perumahan terpilih di bawah ini:
Saya menguruskan setiap tugasan secara peribadi bagi menjamin hasil potongan yang terbaik dan memenuhi citarasa tuan/puan.
Setiap rumput berbeza ketinggian potongan yang selamat. Saya memotong mengikut jenis rumput supaya pertumbuhan selepas dipotong sentiasa sihat & tidak botak.
Bahagian tepi longkang, dinding rumah, and tepi pokok hiasan akan dipotong kemas and sekata.
Saya pastikan mesin saya dibersihkan sebelum ke halaman rumah anda. Ini bagi menghalang pemindahan benih rumput liar dari tempat lain.
Kepuasan pelanggan keutamaan saya. Jika anda dapati ada bahagian potongan yang tidak sekata sebaik sahaja siap, beritahu saya dan saya sedia memotongnya semula.
Sebarang perbincangan atau permintaan tambahan di rumah anda boleh diatur secara terus dengan saya sewaktu proses kerja berjalan.
Kualiti rumput karpet dan laman selepas menerima sentuhan daripada Rumput Rapi Expert.
Cow Grass
Dipotong rata dengan ketinggian seragam untuk kemasan hijau yang mendatar kemas.
Philippine/Japannese Grass
Dipotong rata mengikut kesesuaian tinggi rumput.
Tepi & Sapu
Disapu bersih, tiada baki rumput terbiar bertaburan di longkang atau kaki lima.
Kami faham masa anda berharga. Anda cuma perlu klik butang di sebelah, hantar gambar laman serta lokasi kawasan anda, dan kami berikan harga terus.
Klik butang di bawah untuk membuka aplikasi WhatsApp. Cepat, selamat dan mesra pelanggan.
Anggaran Balasan Pantas: < 15 MinitBagaimana saya menguruskan proses pemotongan laman tuan/puan bermula daripada mesej pertama sehingga sisa disapu bersih.
Klik mana-mana butang WhatsApp di laman ini. Tak perlu pening isi borang yang panjang.
Beritahu lokasi dan berikan gambar laman. Saya akan beri anggaran harga terus yang mesra poket.
Saya datang ikut waktu ditetapkan, mula memotong kemas dan sapu sehingga bersih.
Tuan/Puan boleh semak hasil pemotongan. Selepas berpuas hati barulah bayaran dibuat.
Keadaan rumput dan fizikal laman setiap rumah adalah unik. Ada kontur tidak rata, rumput berselirat, atau banyak pokok hiasan. Menilai dari gambar membolehkan saya menawarkan harga paling berpatutan dan tepat.
Ya, saya akan menyapu, mengumpul, and memasukkan sisa pemotongan ke dalam beg plastik hitam.
Boleh sangat. Oleh kerana hujung minggu merupakan slot yang sangat terhad dan paling cepat penuh, saya mengesyorkan tuan/puan untuk buat tempahan awal menerusi WhatsApp.